sklasaupodi.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN LASAU PODI
PETI SURAT 42, 89157 KOTA BELUD,SABAH Tel : 088-896227, Faks :
e-mel : sklasaupodi@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | DOA SEKOLAH | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | KEPUTUSAN UPSR | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | Untitled |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

BangunanĀ  sekolah

SK. Lasau Podi merupakan sebuah sekolah luar bandar. Terletak kira-kira 50 km dari pekan Kota Belud. Sekolah ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Suning Gampus seorang tokoh tempatan pada tahun 1964.Bangunan asal daripada kayu dan beratapĀ zink dibina di atas sebidang tanah berhampiran kawasan sungai atas biaya pejabat Daerah Kota Belud. kumpulan pelajar pertama sekolah ini berjumlah seramai 60 orang murid dan dikendalikan oleh dua orang guru. Guru Besar pertama sekolah ini ialah Allahyarham Cikgu Zainal Ayub.

Pada tahun 1978, sekolah ini telah mendapat satu blok bangunan sekolah dengan dua buah rumah guru atas biaya bank dunia. Bangunan ini mempunyai tiga bilik darjah dan satu pajabat pentadbiran. Berikutan pertambahan jumlah murid yang semakin ramai, pada tahun 1987 kerajaan telah membina bangunan tambahan melalui peruntukan kilat, bangunan ini mempunyai tiga bilik darjah dan satu pejabat pentadbiran. Oleh kerana bangunan yang telah dibina ini telah lama dan uzur maka pada tahun 2009 sekali lagi sekolah ini mendapat bangunan baru berkonsepkan sekolah kabin. Bangunan ini terdiri dari tiga blok dengan dua buah bilik darjah setiap blok. Kini sekolah ini mempunyai tujuh buah bilik darjah, satu bilik pentadbiran, satu kelas pemulihan, empat unit rumah guru, dua bilik pra sekolah dan sebuah kantin sekolah.

Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: